Language Medium

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah, Tuhan sekalian alam."

"No reward do I ask of you for
what I have to say (from my Lord), my reward is only from Allah, the Lord of the Worlds"
[Surah Asy-Syu'ara' 26:109]

Language Medium: English & Bahasa Melayu

22 July 2012

Futuhul Ghaib (Pembukaan Kepada Yang Ghaib)-Bab 4


Futuhul Ghaib
(Pembukaan Kepada Yang Ghaib)

oleh

Sheikh Abdul Qadir Al Jailani

Bab 4


Apabila kamu mati terhadap makhluk, maka dikatakan kepada kamu,"Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu." Dan Allah akan mematikan kamu dari nafsu-nafsu badaniah. Apabila kamu telah mati terhadap nafsu badaniah, maka akan dikatakan kepada kamu,"Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu." Maka Allah akan mematikan kamu dari kehendak-kehendak dan nafsu. Apabila kamu telah mati terhadap kehendak dan nafsu,maka akan dikatakan kepada kamu,"Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu." Dan Allah akan menghidupkan kamu kepada satu hidup yang baru.

Selepas itu kamu akan diberi hidup yang tidak ada mati lagi. Kamu akan dikayakan dengan tidak ada papa lagi. Kamu akan diberi kurniaan yang tidak akan rosak dan habis. Kamu akan diberi kebahagiaan yang tidak ada lagi kesusahan dan kesediahan. Kamu akan diberkati dan tidak akan dimurkai. Kamu akan diberi ilmu dan tidak lagi jahil. Kamu akan diberi kesentosaan dan tidak lagi ketakutan. Kamu akan maju dan tidak lagi mundur. Nasib kamu akan baik dan tidak lagi buruk. Kamu akan dimuliakan dan tidak lagi dihinakan. Kamu akan dihampiri oleh Allah dan tidak lagi dijauhkan. Martabat kamu akan bertambah tinggi dan tidak rendah lagi. Kamu akan dibersihkan dan tidak lagi merasai kotor. Pendek kata jadilah kamu seorang yang tinggi dan mempunyai peribadi yang tersendiri. Boleh dikatakan kamu telah menjadi manusia luar biasa.

Jadilah kamu warisan rasul-rasul, nabi-nabi dan orang-orang shodiq. Kamu akan jadi titik khir bagi segala kewalian dan wali-wali yang masih hidup akan datang mengunjungi kamu. Melalui kamu segala kesulitan dapat diseesaikan dan melalui solat kamu dapat memewahkan tanam-tanaman, menurunkan hujan, menghindarkan mala petaka yang hendak menimpa umat manusia dari segala pangkat dan kedudukan.

Orang akan datang mengunjungi kamu dari tempat yang dekat dan jahuh dengan membawa hadiah-hadiah dan buah tangan dan memberi khidmat mereka kepada kamu. Semua ini dengan izin Allah yang Maha Perkasa dan Kuasa jua.Lidah manusia tidak sunyi lagi menghormati kamu. Tidak ada dua orang beriman yang bertelingkah mengenai kamu. Wahai mereka yang baik-baik yang tinggal di tempat-tempat ramai dan mereka yang mengembara, inilah kurniaa Allah dan Allah mempunyai kuasa yang tiada batasan.

No comments:

Post a Comment