Language Medium

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah, Tuhan sekalian alam."

"No reward do I ask of you for
what I have to say (from my Lord), my reward is only from Allah, the Lord of the Worlds"
[Surah Asy-Syu'ara' 26:109]

Language Medium: English & Bahasa Melayu

24 October 2011

Kisah As Salihin: Masih Banyak Lagi

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم




Dialah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Dia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[Surah Asy Syuura 42:12]




Kisah As Salihin:

Masih Banyak Lagi





Ketika terjadi Perang Tabuk, pasukan Rasulullah ditimpa musibah kekurangan makanan. Kerana itu mereka memohon kepada Rasulullah,"Kalaulah anda izinkan, akan kami sembelih unta-unta pembawa beban, untuk kita makan dan manfaatkan lemaknya."

Jawab Rasulullah,"Lakukanlah."

Kemudian Umar r.a pula datang lalu berkata," Ya Rasulullah! Jika unta-unta itu disembelih, kenderaan kita akan berkurangan. Bagaimana pula sekiranya kita mengumpulkan sisa bekalan kita dan anda berdo'a kepada Allah SWT, semoga Dia memberikan berkat bagi makanan itu. Mudah-mudahan, Dia akan mengabulkannya."

Jawab Rasulullah,"Baiklah."

Beliau meminta sehelai tikar kulit lalu dibentangkannya. Kemudian beliau suruh mengumpulkan semua sisa bekalan mereka. Ada yang membawa segenggam kurma dan ada pula yang membawa sisa-sisa roti sehingga semua makanan yang terkumpul itu kelihatan hanya amat sedikit di atas tikar itu. Lalu Rasulullah berdo'a semoga bekalan yang dikumpulkan itu beroleh berkat dari Allah SWT.

Kemudian beliau bersabda,"Isilah kantong bekalan kamu masing-masing."

Lalu mereka mengisi semua kantong bekalan mereka sehingga tidak ada satu kantong pun yang ketinggalan. Bahkan, semua terisi penuh. Sesudah itu mereka makan bersama-sama sehingga kenyang. Ternyata sesudah makan, makanan itu masih bersisa.

Maka Rasulullah bersabda,"Aku mengaku tidak ada Tuhan selain Allah dan aku rasul Allah. Tidak ada seorangpun yang meninggal(mati) dengan meyakini kedua pengakuan itu tanpa ragu, yang dihalangi masuk syurga."

[Rujukan- Hadis Sahih Muslim Jilid 1:25]


No comments:

Post a Comment