Language Medium

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah, Tuhan sekalian alam."

"No reward do I ask of you for
what I have to say (from my Lord), my reward is only from Allah, the Lord of the Worlds"
[Surah Asy-Syu'ara' 26:109]

Language Medium: English & Bahasa Melayu

24 October 2011

Kisah As Salihin: Kebajikan Menghapus Kejahatan

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم




Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus-asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.

Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

[Surah Az Zumar 39:53-54]




Kisah As Salihin:

Kebajikan Menghapus Kejahatan




Seorang lelaki datang kepada Rasulullah lalu berkata,"Ya Rasulullah! Aku telah berdosa kerana bermesraan dengan seorang perempuan di pinggir kota Madinah. Aku telah berbuat dosa dengannya selain bersetubuh. Inilah aku datang, hukumlah aku dengan hukuman apa sahaja yang anda hendak jatuhkan."

Maka berkata Umar Al Khattan r.a ,"Sekiranya engkau menutup rahsia dirimu, nescaya Allah tidak akan menghukummu"

Rasulullah tidak membantah sedikitpun ucapan Umar itu.

Maka berdirilah lelaki itu lalu pergi. Kemudian Rasulullah menyuruh seseorang menyusul dan memanggilnya kembali. Lalu baginda membacakan ayat berikut"

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam.Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan.Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

[Surah Hud 11:114]

Maka bertanyalah seorang jemaah yang hadir di situ,"Ya Nabiyullah! Apakah ayat itu ditujukan khusus bagi dia sahaja?"

Jawab Rasulullah,"Bahkan untuk seluruh umat manusia!"

[Rujukan Hadis Sahih Muslim Jilid 4:2370]

No comments:

Post a Comment