Language Medium

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah, Tuhan sekalian alam."

"No reward do I ask of you for
what I have to say (from my Lord), my reward is only from Allah, the Lord of the Worlds"
[Surah Asy-Syu'ara' 26:109]

Language Medium: English & Bahasa Melayu

26 December 2011

Hakikat Demi Hakikat : Islam Dan Iman

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم






Maka, apakah orang-orang yang berpegang berdasarkan keterangan yang datang dari Tuhannya sama seperti orang-orang yang(syaitan)menjadikan dia memandang baik perbuatannya yang buruk itu dan menurut hawa nafsunya?

[Surah Muhammad 47:14]

Dan tidaklah sama orang buta dengan orang yang melihat.

Dan tidaklah sama gelap-gelita dengan cahaya yang terang-benderang.

[Surah Fathir 35:19-20]





Hakikat Demi Hakikat :

Islam Dan Iman







Hakikat - sesuatu yang tidak dapat ditiadakan atau dinafikan lagi, kebenaran, kenyataan.

Islam - agama yang menyembah Allah yang Satu. Agama yang disampaikan oleh Ibrahim A.S, Musa A.S, Isa A.S dan Muhammad S.A.W .

Iman - 1)Kepercayaan akan adanya Allah SWT dan taat dalam mematuhi perintahNya.

2) ketetapan hati, kekuatan batin.



Dari kacamata

Muhammad Fadhly Bin Saparwan

"Islam sebagai nama sahaja atau beriman berdasarkan cahaya Allah SWT?"



Ramai orang berpendapat bahawa jika seseorang itu beragama Islam, dia telah beriman. Ini adalah satu pendapat yang salah kerana Islam dan iman adalah dua perkara yang berbeza. Di dalam penggunaan bahasa, "Islam" itu adalah sebuah agama, sedangkan "iman" itu maknanya pula adalah percaya.

Sesiapa sahaja boleh berkata," Aku orang Islam." atau mengucapkan kalimah syahadah. Itu tidak bermakna dia "beriman". Sama juga seperti orang yang Islamnya kerana keturunan (dilahirkan dalam keluarga beragama Islam) atau orang yang baru memeluk Islam hanya kerana perkahwinan.

Berlainan pula dengan iman(percaya). Seseorang hanya boleh percaya apabila dia telah menyaksikan bukti atau memperolehi pengetahuan yang kukuh sahaja. Adalah mustahil seseorang itu percaya tanpa bukti atau pengetahuan, melainkan dia hanya mengikut sahaja seumpama kerbau yang ditarik dari hidungnya. Kemana sahaja ia ditarik, kesitulah ia akan pergi.

Namun, Allah SWT itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Walaupun Islamnya seseorang itu dengan tidak berdasarkan sebenar-benar iman, Allah SWT tetap akan menerima segala amal baiknya yang ikhlas.

Perbezaan antara Islam dan iman ini telah diterangkan di dalam Al Quran. Berikut adalah ayatnya:

Orang-orang Arab berkata: Kami telah beriman.Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.

[Surah Al Hujurat 49:14]

Tidaklah layak bagi seseorang mengatakan dia sudah beriman sebelum iman itu benar-benar masuk ke dalam jiwanya. Sebelum Nabi Muhammad S.A.W diangkat menjadi nabi, beliau pun tidak tahu tentang iman pada masa itu.

Sebelum itu engkau(Muhammad) tidak pernah mengetahui: Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,

[Surah Asy Syura 42:52]

Keimanan hanya boleh dikecapi dari petunjuk Allah SWT dan keizinanNya. Setiap insan akan diberi peluang untuk mendapat petunjukNya tetapi sayang seribu kali sayang, hanya mereka yang mahu menerima petunjukNya sahaja akan dibukakan mata hati mereka. Sedangkan bagi yang sengaja ingkar lagi kufur akan dibutakan mata hati mereka. Bagi yang melambatkan jalannya kepada keimanan pula, hati mereka akan mengeras demi masa.

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik (derhaka)."

[Surah Al-Hadid 57:16]

Ayat di atas juga menunjukkan bahawa Al Quran itu hakikatnya adalah petunjuk kepada jalan iman. Cahaya Al Quran adalah cahaya keimanan. Hanya satu golongan manusia sahaja yang akan memanfaatkan ajaran Al Quran dan mereka adalah golongan yang berfikir. Mereka telah disebut dalam Al Quran:

dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

[Surah Ali Imran 3:7]

Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran.

[Surah Ali Imran 3:13]

Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang

baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu.Oleh itu

bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya

kamu berjaya.

[Surah Al Maidah 5:100]

Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.

[Surah Ar Rad 13:3]

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berfikir serta memahaminya.

[Surah Ar Rad 13:14]

Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir.

[Surah Yunus 10:24]

Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda bagi kaum yang mahu berfikir.

[Surah An Nahl 16:11]

Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir.

[Surah An Nahl 16:69]

Sesungguhnya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah ulama'.Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun.

[Surah Fatir 35:28]

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir.

[Surah Ar-Rum 30:21]

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.

[Surah Az-Zumar 39:42]

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti bagi tiap-tiap yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.

[Surah Luqman 31:31]

Hakikatnya mereka banyak berfikir. Mereka banyak sekali memikirkan dari hal kejadian alam hinggalah kejadian diri mereka sendiri. Mereka memikirkan tentang kehidupan dan kematian. Mereka memikirkan tentang yang bathil dan hak. Hanya golongan yang berfikir sahajalah yang akan menyelidiki kebenaran Al Quran dan dari situlah timbulnya keyakinan yang kuat. Dengan mendalami isi Al Quran, seseorang itu seakan-akan mendapat sepasang kacamata dan dia akan dapat melihat dunia ini dengan pandangan yang hakiki. Dunia akan dilihatnya begitu kecil sekali. Hatinya akan mula terpaut pada yang kekal abadi. Bukankah berfikir itu adalah perintahNya?

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, samada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah

benarnya ajaranku).

[Surah Saba' 34:46]

Setiap orang mukmin hendaklah mencari cahaya kebenaran. Mencari ilmu adalah suatu kewajipan agar kebenaran itu sebati dalam jiwa kita semua dan juga agar kita tidak mudah tertipu dengan tipu daya dunia ini. Setiap ilmu yang kita dapat, hendaklah diselidiki atau dikaji akan kebenarannya sebelum dijadikan sebagai pegangan kerana banyak sekali ilmu sesat yang begitu halus telah diterapkan ke dalam sekolah-sekolah umum.

Ramai yang mengucapkan,"Laa ilaha illallah(Tiada Tuhan selain Allah.)" tetapi dia juga bertuhankan nafsu dan dunia.

Ramai yang mengucapkan,"Subhanallah(Maha Suci Allah)" tetapi dia lebih menyucikan manusia yang berpangkat tinggi.

Ramai yang mengucapkan, "Alhamdulillah(Segala puji bagi Allah.)" tetapi dia juga memuji selain Allah seperti memuji saudaranya.

Ramai yang mengucapkan,"Allahuakbar(Allah Maha Besar)" tetapi dia lebih takut melanggar perintah manusia dari melanggar perintah Allah SWT.

Ramai yang mengucapkan,"Laa haulawala quwwata illa billah(Tiada daya kekuatan melainkan dari Allah)." tetapi dia juga berkata dialah yang mampu melakukan itu dan ini.

Ramai yang berkata,"Allah yang menetapkan rezeki setiap makhluk." tetapi dia juga berkata,"Akulah yang mencari dan memberi rezeki kepada keluargaku."


Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami;

sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

[Surah Al Baqarah 2:32]

No comments:

Post a Comment