Language Medium

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah, Tuhan sekalian alam."

"No reward do I ask of you for
what I have to say (from my Lord), my reward is only from Allah, the Lord of the Worlds"
[Surah Asy-Syu'ara' 26:109]

Language Medium: English & Bahasa Melayu

01 April 2011

Nota Panglima Fadhly:" Orang Dunia "




Salam sejahtera kepada para pembaca yang dihormati.

Dalam nota ini akan menunjukkan siapakah "orang dunia" yang dimaksudkan. Mereka terdiri dari berbagai bangsa dan agama. Mereka adalah segolongan manusia yang mengabdikan diri mereka sepenuhnya untuk dunia ini. Mereka sangat cintakan dunia dan sangat gemar bermegah dengan kekayaan. Paling mengejutkan, ada diantara mereka beragama Islam!

Bagi yang berilmu tentang Islam dan umat akhir zaman ini, pasti anda mengetahui atau pernah terdengar tentang penyakit wahan.Penyakit wahan itu adalah cinta dunia dan takut mati.Inilah virus yang disebarkan oleh "orang dunia" dan merebak dengan sewenang-wenangnya. Hinggakan ada yang berpangkat ustad pun terjebak dengan virus ini.

Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Cintakan dunia dan takut mati.” – HR Imam Abu Daud

* Huraian:
Shahih. Dishahihkan oleh alMuhaddith alAlbani dalam Silsilah alAhadith asSahihah 2/684, Hadith #958. Selain Abu Daud, hadith Tsauban ini juga dikeluarkan oleh Imam Ahmad (alMusnad), Abu Nu’aim (alHilyah), Ibn Asakir dan arRuyani.


Hakikat sebenarnya, "orang dunia" ini bertuhankan duit.Mereka mempunyai cara yang licik untuk membiakkan virus wahan dan memasukkan anda ke dalam golongan mereka.Jangan mudah terpedaya. Saya akan ajarkan bagaimana anda boleh mengenal pasti jenis "orang dunia" ini. Mereka boleh terdiri dari sesiapa sahaja. Janganlah terkejut jika mereka terdiri dari ahli keluarga atau rakan sendiri.



Di dalam zaman serba canggih ini, informasi boleh tersebar dengan begitu luas."Orang dunia" mengambil kesempatan ini untuk memancing mangsa mereka. Biasanya mereka mengaku bahawa mereka akan mengajar bagaimana untuk mendapatkan duit yang lumayan. Teknik ini hanya berkesan kepada orang yang materialistik. Mereka akan mengajak kamu supaya menjadi ahli mereka serta memberikan janji-janji manis dan gambaran kamu hidup dalam kemewahan. Mereka akan menunjukkan gambar-gambar rumah mewah, kereta mewah dan gambar orang mengerjakan ibadah haji di Mekah. Perbuatan ini adalah untuk membangkitkan nafsu kamu supaya kamu ingin juga jadi kaya seperti yang mereka gambarkan. Teknik psikologi ini amat berkesan jika kamu lupa kepada Allah. Ingatlah akan firman-Nya:

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.

[Surah Taha 20:131]

Selain itu, "orang dunia" akan menunjukkan ahli-ahli mereka yang kaya-raya. Mereka mempunyai rumah mewah lagi besar, berbuah-buah kereta mewah dan lain-lain lagi.
Ingatlah kisah Qarun di dalam Al Quran !!!

Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik.

Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar.

Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.

Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun mulai sedar sambil berkata: Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!

[Surah Al Qasas 28:79-82]


Islam tidak mengajar untuk bermegah dengan kemewahan. Islam mengajar supaya hidup sederhana dan jika diberi kelebihan, harta itu digunakan untuk sedekah dan menolong orang-orang susah.(Bacalah Kewajipan Orang Kaya Dalam Islam) Berbelanja barangan mewah adalah haram. Ingatlah firman Allah!

Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

[Surah Al-Israa 17:26-27]

Sebagai seorang yang beriman, kita mestilah kuatkan iman kita dari hasutan yang akan membawa kita kepada gejala virus wahan. Sekiranya "orang dunia" ini tidak dapat menjalankan teknik tersebut,ada diantara mereka akan mula mengutuk orang-orang yang bekerja dengan gaji rendah. Janganlah anda kecil hati dengan kata-kata mereka. Hati mereka sudah tertutup dengan ilmu Allah. Mereka hanya berpandukan dengan kata-kata orang kafir yang terkenal seperti Bill Gates, Donald Trump, Robert Kiyosaki dan lain-lain lagi. Mereka banyak mengadakan seminar di malam hari yang merupakan motivasi supaya ahli baru dapat digoda lagi dengan gambaran kemewahan. Dalam seminar itu "orang dunia" akan menyuruh ahli baru membuat tepukan bila perlu. Di situ juga ahli baru akan disuruh menonton 'video presentation' yang sama setiap kali. Ia merupakan proses mencuci otak atau pemukauan bagi ahli baru.




"Orang dunia" berpegang kepada kata
Bill Gates yang berbunyi," Bukan salah kamu jika kamu dilahirkan miskin tetapi jika kamu mati miskin, itu salah kamu! "
Lihatlah betapa butanya mata hati mereka! Mereka memandang rendah terhadap orang miskin. Apakah mereka lupa bahawa Allah yang menanggung rezeki semua makhluk-makhluknya?

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

[Surah Hud 11:6]
Dan adakah mereka lupa bahawa Allah telah menentukan semuanya?

Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

[Surah At-Talaq 65:3]


Ada juga diantara mereka yang menggunakan ayat Al Quran untuk menipu orang-orang beriman contohnya seperti ini:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

[Surah Al Anfal 8:53]
Tujuan mereka menggunakan ayat ini untuk menunjukkan bahawa kamu tidak akan menjadi kaya melainkan kamu menjadi ahli niaga mereka. Padahal maksud yang sebenarnya dalam ayat tersebut adalah Allah menujukan kepada orang kafir yang ingkar pada firman Allah. Jika mereka tetap dalam kekufuran, Allah akan menyiksa mereka dan bukan seperti yang dimaksudkan "orang dunia" itu.Malah ayat itu adalah untuk "orang dunia" yang menipu masyarakat demi keindahan dunia. Ada diantara mereka disuruh atau secara sukarela bergambar dengan duit yang banyak(bukan kepunyaan mereka) sebagai marketing teknik(PENIPU!!!).

"Orang dunia" sememangnya takut untuk memberitahu masyarakat tentang jenis sebenar perniagaan mereka.
Selain itu mereka juga akan mengatakan bahawa Nabi Muhammad[S] juga adalah seorang yang kaya melalui bisnes yang dijalankan dengan isterinya Siti Khadijah dan 90% rezeki kamu adalah dari perniagaan. Perlu diingatkan bahawa kedua-dua ayat itu adalah benar tetapi cara penyampaian "orang dunia" itu menyelewengkan. Mereka menggunakan ayat-ayat ini juga supaya kamu akan menjadi ahli bisnes mereka. Memanglah benar Nabi Muhammad dahulu adalah seorang peniaga tetapi itu semua sebelum dia menjadi nabi dan kekayaannya juga bukan digunakan untuk dirinya seperti "orang dunia"! Pernahkah kamu mendengar kisah Nabi Muhammad mengejar kekayaan dan hidup di dalam kemewahan? Tiada satu ayat pun di dalam Al Quran yang menyuruh umat manusia mengejar kemewahan dunia malah Allah melarang mencintai dunia semata-mata.

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki;kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahannam (di akhirat kelak),untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

[Surah Al-Israa 17:18]
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

[Surah At-Taubah 9:24]

Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.

[Surah Al-Qiyamah 75:20]

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.

[Surah Hud 11:15-16]

Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan serta perhiasan, juga bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

[Surah Al-Hadid 57:20]

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati) dan aku lepaskan(ceraikan) kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.

[Surah Al Ahzab 33:28]
Dan banyak lagi petunjuk dari Allah di dalam Al Quran supaya orang-orang beriman tidak terjebak dengan virus wahan ini.

Ini bukanlah suatu cerita rekaan! Ia benar-benar terjadi pada umat akhir zaman sekarang ini! Kini sudah beribu syarikat seperti ini kian membiak di tanah Malaysia dan merebak hingga di Singapura.Jenis syarikat ini juga bermula dari ideology bangsa yahudi. Jangan anda sekali-kali melibatkan diri dengan golongan "orang dunia" ini. Jika anda ingin mengetahui nama-nama syarikat "orang-orang dunia", sila layari website http://aididmuaddib.blogspot.com/
(Tapi dalam website tu ada sumpah-menyumpah sikit.)untuk pengetahuan lanjut.

Semoga kita terselamat dari penyakit umat akhir zaman ini.


Salam kasih dari
Panglima Fadhly.

Dagang "orang dunia", dagang berlipat.
Dagang yang penuh tipu muslihat.
Dagang hamba,dagang Muhammad.
Dagang bagi orang-orang yang bertaubat.

- Panglima Fadhly


Orang dunia = orang yang kejarkan dunia seperti orang di dalam bisnes Multi Level Network Marketing(MLM).

No comments:

Post a Comment