Language Medium

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah, Tuhan sekalian alam."

"No reward do I ask of you for
what I have to say (from my Lord), my reward is only from Allah, the Lord of the Worlds"
[Surah Asy-Syu'ara' 26:109]

Language Medium: English & Bahasa Melayu

28 March 2011

Ilmu bukan sebarang ilmu.Ilmu berasal dari yang Satu.(Part 2)


Salam sejahtera kepada para pembaca!

Dalam nota kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang amalan pedinding terutama sekali dari kejahatan makhluk halus.




Hadis:

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huwas sami'un alim


Maksud ayat:

Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa,
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (
Sahih Muslim, no 2731)

Fadhilat ayat:
  • Seelok-eloknya dibaca tiga kali (3x), setiap kali selepas solat. Tujuannya untuk sebatikan ayat dengan diri kita (dalam badan).
  • Boleh juga dibaca setiap masa sebelum makan/minum di gerai atau restoran. Jika ada sekiranya orang hantar santau kepada kita pada waktu itu, dengan izin Allah cawan/pinggan yang mengandungi santau itu akan pecah.
  • Setiap ayat yang kita amalkan, ada 'khadam' yang menjaga kita, insya Allah.
Selamat beramal!

No comments:

Post a Comment