Language Medium

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah, Tuhan sekalian alam."

"No reward do I ask of you for
what I have to say (from my Lord), my reward is only from Allah, the Lord of the Worlds"
[Surah Asy-Syu'ara' 26:109]

Language Medium: English & Bahasa Melayu

28 March 2011

Ilmu bukan sebarang ilmu.Ilmu berasal dari yang Satu.(Part 1)





Salam sejahtera kepada para pembaca!

Dalam nota ini akan mengongsikan kepada para pembaca sedikit ilmu yang cukup menakjubkan. Pernahkah anda bayangkan jika anda boleh menggunakan "cheatcode" seperti di dalam game di alam realiti ini? Percaya atau tidak? Tentu ada yang tak percaya kerana iman yang tidak tebal ! Kalau dahulu anda beriman dan percaya pada kisah Nabi Ibrahim(AS) di mana api tidak dapat membakarnya, tentu anda tidak mempunyai masalah beriman bahawa tiada yang mustahil bagi Allah.

Mungkin ramai yang sudah mengamalkannya tetapi tidak tahu asal-usulnya. Tiada makna bagi ilmu yang diamalkan jika kita tidak memahaminya. Dan amalan mesti selari dengan hati.
Amalan yang ingin saya sampaikan ini berkaitan dengan kisah Nabi Yusuf(AS) yang ditelan ikan paus disebabkan kesilapannya.
Sekarang tiba masanya saya titipkan ilmu ini kepada para pembaca.
Jeng! Jeng! Jeng!
Haa.. Tunggu apa lagi.. Bacalah!



Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata:"LAA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNII KUNTU MINAZH ZHAALIMIIN" - Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).

[Surah Al Anbiya' 21:87-88]



Doa ini boleh dijadikan sebagai amalan harian dan lebih-lebih lagi digunakan dalam kesusahan.



Selamat Beramal!!!!

No comments:

Post a Comment