Nasihat untuk semua pahlawan
Musuh utama adalah syaitan
Bukan sahaja yang berkeliaran
Tetapi juga di kandung badan
Solat dan zikir amalan harian
Perisai diri dari kejahatan
Quran dan hadis sebagai panduan
Agar tidak tersesat di jalan
Ilmu bukan sebarang ilmu
Ilmu berasal dari yang Satu
Tiba masa di hadapan seteru
Jangan dilupa tujuan asalmu
Hati berniat sambil menyeru
"Untuk Allah hidup matiku!"
No comments:
Post a Comment