Language Medium

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah, Tuhan sekalian alam."

"No reward do I ask of you for
what I have to say (from my Lord), my reward is only from Allah, the Lord of the Worlds"
[Surah Asy-Syu'ara' 26:109]

Language Medium: English & Bahasa Melayu

21 June 2011

Nota Panglima Fadhly: Bersusah Payah Di Antara Dua Jalan





A'udzubilla himinash shaitanirrajim.

Bismillahirrahmanirrahim.



Nota Panglima Fadhly

" Bersusah Payah Di Antara Dua Jalan"



Oleh

Panglima Fadhly



Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

[Surah Al Insyiqaq 84:6]




Salam sejahtera kepada para pembaca yang dirahmati Allah SWT.

Kali ini saya akan menyentuh sedikit tentang kehidupan manusia di alam yang penuh dengan penipuan di zaman ini. Di antara yang beragama Islam apabila menghadapi hukum atau perintah Allah SWT yang berat bagi mereka, mereka gemar dan dengan senang-lenangnya menggunakan ayat berikut;

Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.

[Surah Al Baqarah 2:185]

Tanpa menyelidiki tafsir ayat itu, mereka dengan mudah meringankan hukum Allah SWT. Ayat di atas hanya dikaitkan dengan ibadah puasa dan bukanlah ayat ini digunakan untuk hukum-hukum Allah SWT yang lain . Ayat penuhnya adalah seperti berikut:

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu dan barangsiapa sakit atau di dalam perjalanan (lalu dia berbuka) maka (wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepada kamu supaya kamu bersyukur.

[Surah Al Baqarah 2:185]

Saya menasihati para pembaca agar berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang gemar menggunakan ayat ini.

Dalam nota ini saya akan menunjukkan bahawa manusia itu diciptakan bukan untuk bersenang-lenang dari menjalankan perintah Allah SWT. Bermula dengan ayat suci Al Quran berikut;

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada di dalam susah payah.

[Surah Al Balad 90:4]

Allah menciptakan manusia untuk bersusah-payah sebagai ujian bagi kita semua. Jika tanpa pengorbanan ataupun mujahadah, ia bukanlah ujian. Pengorbanan masa, harta dan tenaga hanya semata-mata untuk Allah SWT, adalah yang diajarkan oleh Islam. Dan Dia juga akan menunjukkan kepada kita semua dua jalan untuk kita pilih.

Dan Kami telah menunjukkannya dua jalan.

[Surah Al Balad 90:10]

Dan dua jalan itu adalah jalan kebajikan dan jalan kejahatan. Jalan kebajikan adalah jalan yang diredhai Allah SWT dan jalan kejahatan adalah jalan syaitan menuju ke neraka. Dalam peringkat inilah kamu diperlukan membuat pilihan. Jalan yang senang (yang merugikan) atau jalan yang sukar (yang diredhai Allah SWT)? Seterusnya Allah SWT telah berfirman:



Maka tidakkah sebaiknya ia menempuh jalan yang mendaki lagi sukar? Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (Iaitu) melepaskan budak dari perbudakan(hamba sahaya), atau memberi makan pada hari kelaparan, (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat atau orang miskin yang sangat fakir. Kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih-sayang.

[Surah Al Balad 90:11-17]

Para pembaca sekalian, ingatlah bahawa kita tidak akan dapat masuk ke dalam syurga Allah SWT tanpa sebarang ujian kerana hakikat kehidupan ini adalah ujian bagi setiap insan. Samalah juga seperti umat yang terdahulu. Allah SWT telah berfirman:

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta diguncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

[Surah Al Baqarah 2:214]

Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sebahagian ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

[Surah Al-Baqarah 2:155]

Oleh itu, hentikanlah dari pemikiran yang singkat bahawa kehidupan ini adalah untuk bersenang-lenang dari menjalankan perintah Allah SWT. Masih ramai umat Islam yang tidak memahami hakikat ini. Hati-hatilah. Dunia ini telah diciptakan untuk dimusnahkan oleh Allah SWT kiamat kelak. Janganlah kamu tergolong dari mereka yang membuat kerosakan itu terutama pada agama Islam yang mulia ini. Jangan mudah tertipu dengan kesenangan dunia ini kerana Allah SWT telah berfirman:

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

[Surah Al Hadid 57:20]


Untuk pengetahuan bonus bagi para pembaca, manusia telah diciptakan memiliki sifat kikir dalam diri mereka. Hakikat ini tertulis di dalam ayat berikut:

Sesungguhnya manusia itu diciptakan sifat keluh-kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh-kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir.

[Surah Al Ma'arij 70: 19-21]

Cara untuk menghilangkan sifat buruk tersebut dengan memiliki sifat-sifat berikut.

kecuali orang-orang yang mendirikan solat, yang mereka itu tetap mendirikan solatnya, dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta), dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan, dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya.

[Surah Al Ma'arij 70: 22-27]

Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya(dari zina).

[Surah Al Ma'arij 70: 29]

Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah(yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memberikan persaksiannya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya.

[Surah Al Ma'arij 70: 32-34]


Selamat bermujahadah!

No comments:

Post a Comment