Language Medium

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah, Tuhan sekalian alam."

"No reward do I ask of you for
what I have to say (from my Lord), my reward is only from Allah, the Lord of the Worlds"
[Surah Asy-Syu'ara' 26:109]

Language Medium: English & Bahasa Melayu

21 June 2011

Kisah Panglima Fadhly: Masjid Dalam Rumah


Selepas menunaikan solat Asar di masjid, Panglima Fadhly berjalan ke pasar untuk membeli barangan dapur. Di pasar itu, beliau terserempak dengan Hang Misai, anak kepada Tok Janggut. Beliau pun menegurnya.

Panglima Fadhly:

Assalamu'alaikum! Lama tak nampak kat masjid? Sibuk ke? Ayah kamu sihat?

Hang Misai:

Wa'alaikumsalam! Taklah sibuk sangat... Alhamdulillah, ayah aku masih sihat. Dia masih mengajar silat dengan Tok Teh. Lagipun, ayah aku kata kalau solat kat rumah pun dikira bina masjid dalam rumah.

Panglima Fadhly:

Hah! Masjid dalam rumah?! Hmmm... Kalau semua penduduk kampung amalkan apa yang kau buat ni, nescaya kosonglah masjid nanti. Buat apa kita bina masjid, betul tak? Tok Lim yang baru masuk Islam itu pun rajin ke masjid padahal dia tu dah terbongkok-bongkok jalannya dan rumah dia pun lebih jauh dari masjid. Bukankah Allah telah berfirman:

"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut selain dari Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."

[Surah At Taubah 9:18]

Haa! Makmurkanlah masjid...

Hang Misai:

Errk.. Ayah aku beli TV barulah... Heheh...

Panglima Fadhly:

Hmmm... Yelah tu.. Datang, jangan tak datang. Ajak ayahnya sekali. Assalamu'alaikum.

Hang Misai:

Wa'alaikumsalam. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment