Language Medium

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah, Tuhan sekalian alam."

"No reward do I ask of you for
what I have to say (from my Lord), my reward is only from Allah, the Lord of the Worlds"
[Surah Asy-Syu'ara' 26:109]

Language Medium: English & Bahasa Melayu

11 February 2011

Nota Panglima Fadhly - Berkawan Dengan Orang Kafir




Dari Surah Al Mumtahanah 60:7-9
7. Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.

8. Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

9. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


Begitu jelas sekali ajaran Allah tentang hubungan antara orang Islam dan orang kafir. Allah mengajar kita supaya berbaik kepada sesiapa sahaja yang tidak memusuhi orang Islam serta diharapkan supaya mereka insaf dan memeluk agama Islam.

Nilai murni ini mesti diterapkan dalam diri seseorang yang bertakwa. Kita tidak boleh menganggap bahawa semua orang kafir itu mesti dimusuhi. Ada batas-batas yang telah diajar dalam Al Quran yang suci. Paling penting kita diperintah berlaku adil sesama insan kerana Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.

Dari Surah Al Maidah 5:8
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Dari Surah Al Baqarah 2:190
Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Namun,kita mestilah sentiasa berwaspada tentang siapakah musuh kita sebenarnya.Tahukah anda siapakah mereka? Adakah Allah menyebut tentang mereka di dalam Al Quran?

Dari Surah Al Maidah 5:51-52
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai pemimpin-pemimpinmu kerana setengah mereka adalah pemimpin kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka). Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.

Dari Surah Ali Imran 3:100
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang yang diberikan Kitab(Yahudi dan Nasrani) itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

Malangnya, musuh Islam bukan sahaja terdiri dari bangsa yahudi dan nasrani. Mereka juga terdiri dari mana-mana bangsa yang berkongsi visi yang sama iaitu menghapuskan Islam. Baik dalam keadaan sedar ataupun tidak, ada juga dari mereka terdiri dari agama Islam sendiri. Ini disebabkan kurangnya pengetahuan dalam agama dan juga banyak bersubahat dengan kemunkaran yang nyata dan tersembunyi. Taktik mereka sangat licik dan boleh merebak seperti virus jika tidak kembali pada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Oleh itu kita tidak perlu risaukan tentang musuh-musuh Allah itu asalkan kita :

1.Memelihara solat.

Dari Surah Al Baqarah 2:238
Peliharalah segala salat (mu), dan (peliharalah) salat wusthaa. Berdirilah karena Allah (dalam salatmu) dengan khusyuk.

2.Menjaga diri dari segala maksiat.

Dari Surah Al Maidah 5:105
Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.

3.Tidak menurut atau mengikut kehendak orang-orang kafir.

Dari Surah Al-Furqan 25:52
Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.

Dari Surah Ali Imran 3:149
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.

4.Berdoa dan berzikir dengan asma-asma Allah dan tinggalkan mereka yang jahat lagi degil.

Dari Surah Al-A'raaf 7:180
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik, maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

Dari Surah Al-An'am 6:68
Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

5.Menjadikan Al Quran sebagai pegangan dan petunjuk.

Dari Surah An-Naml 27:1-3
Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya),Menjadi hidayat petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.

Dari Surah An-Naml 27:77
Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Dari Surah Az-Zumar 39:55
Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik. (Panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

6.Berdamping rapat dengan orang-orang beriman.

Dari Surah Al-Kahfi 18:28
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

7.Berusaha dengan kesungguhan untuk memenuhi kehendak agama Islam.

Dari Surah Al-Ankabut 29:69
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Untuk mengetahui salah satu tanda-tanda orang-orang Islam yang sudah terpengaruh dengan ajaran musuh-musuh Islam ialah mereka itu sangat sekali cintakan dunia. Mereka telah dijangkiti dengan penyakit wahan. Mereka sangat gemar bercerita tentang kemewahan dunia dan menggunakan kata-kata orang kafir yang banyak mempengaruhi diri mereka. Memang inilah taktik licik orang-orang kafir untuk menyerang Islam secara lembut. Dan telah menjadi tanggungjawab kita untuk menasihati mereka tentang perkara tersebut. Terpulanglah pada mereka jika tidak mahu ikut. Allah yang menentukan segalanya.

Dari Surah Al A'raf 7:164
Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu dan supaya mereka bertakwa.


Akhir kata dari saya, banyakkanlah belajar Al Quran dan janganlah tidak pedulikan kalamullah.

Dari Surah Az-Zukhruf 43:36-37
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran dari Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.

Semoga tips ini dapat dimanfaatkan bagi para pembaca. Amin.


Salam hormat,
Panglima Fadhly


Dari Surah Al-Mujadilah 58: 21-22
Allah telah menetapkan:"Aku dan rasul-Ku pasti menang".Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung.


Dari Surah An-Nisa 4:60
Tidakkah engkau melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah
diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan
dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal
mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan
Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang
amat jauh.




Download in PDF format



No comments:

Post a Comment