Language Medium

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah, Tuhan sekalian alam."

"No reward do I ask of you for
what I have to say (from my Lord), my reward is only from Allah, the Lord of the Worlds"
[Surah Asy-Syu'ara' 26:109]

Language Medium: English & Bahasa Melayu

24 December 2010

Bab Bid'ah: Eh! Kau sesatlah!

Nota:

Ini hanyalah pendapat saya semata-mata. Terpulanglah bagi para pembaca yang berhormat untuk menentukan pendapat menurut apa yang telah anda pelajari dari perguruan masing-masing. Tapi bacalah sampai habis dulu.Sesiapa yang mahu memberi komentar dipersilakan tetapi tidak usah bergaduh.

(Sekadar Gambar Hiasan)

Oleh: Panglima Fadhly

Salam sejahtera pada muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah.

Bab bid'ah seperti persoalan mengenai tahlil,wirid lepas solat,baca Al-Quran atas kubur,doa awal dan akhir tahun dan lain-lain lagi daripada perkara ibadah yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad[S] dan para sahabat yang telah menjadi topik hangat bagi umat akhir zaman ini.Mari kita saksikan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-‘Ibadh bin Sariah:

“Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersolat bersama-sama kami. Kemudian, baginda berpaling kepada kami lalu memberi satu nasihat yang sangat keras isinya hingga mengalir air mata baginda dan mengecutkan hati2 kami yang mendengarnya. Maka, salah seorang dari kami pun berkata: Ya Rasulullah, nasihat ini seakan-akan satu nasihat selamat tinggal kepada kami. Apakah yang tuan hendak perintahkan kepada kami? Lalu baginda bersabda: Aku berwasiat kepada kamu sekalian supaya bertaqwalah kepada Allah, dan taatlah kamu kepada penguasa (yang adil) walaupun ia adalah seorang Habsyi, kerana sesungguhnya orang yang hidup sesudahku akan melihat banyak perselisihan. Oleh itu (jika kamu ingin selamat), hendaklah kamu sekalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa Ur-Rasyidin yang mendapat pentunjuk. Berpegang teguhlah kamu kepadanya dan gigitlah ia dengan geraham2 kamu. Jauhilah perkara2 baru yang diada-adakan(MUHDASAT)

kerana semua perkara baru(MUHDASAT) adalah BID'AH, dan semua BID'AH adalah sesat.”

Model Behavior of the Prophet (Kitab Al-Sunnah)

[Dawud :: Book 40 : Hadith 4590]

Saidatina Aisyah juga ada meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Barangsiapa yang membuat sesuatu urusan yang berlainan dari urusan kami ataupun tidak berasal daripadanya, maka ia adalah ditolak.”

[Bukhari :: Book 3 :: Volume 49 :: Hadith 861][Muslim :: Book 18 : Hadith 4266]

((Zon Dollar))

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

1)Imam Syafie sepertimana yang diceritakan oleh Imam Al-Baihaqi

dalam kitabnya Manaqib Al-Syafie,Al-MUHDASAT terbahagi kepada dua

bahagian

A-Perkara baru yang menyalahi al-quran dan pertunjuk hadis, maka ini

yang dikatakan BID'AH dhalalah.

B-Perkara baru yang merupakan kebaikan yang tidak menyalahi Al-Quran

dan pertunjuk hadis maka ini tidak dinamakan BID"AH.

2)Imam Al-Ghazali dalam kitab IHYA' nya pernah berkata Tidak semua

perkara baru yang diadakan adalah BID'AH,tetapi perkara BID'AH

adalah perkara baru yang berlawanan dengan Al-Quran dan Al-Hadis.

3-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Iqtidha' Al-Shiratul mustakim

mengatakan " perkara BID'AH adalah setiap ibadah yang tidak ada

sandaran dari al-quran dan hadis.

4-Ibnu Athir dalam kitabnya Al-Nihayah berkata Setiap perkara

perkara mahupun ibadah yang menyalahi Al-quran dan hadis maka

perkara tersebut adalah BID'AH Dhalalah.manakala setiap perkara dan

ibadah yang tidak menyalahi Al-quran dan pertunjuk hadis maka ia

tidak dinamakan BID'AH DHALALAH.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Zon Dollar link- http://mymasjid.net.my/koleksi-artikel/display/576/bidah-dalam-bicara-al-quran-dan-hadis/

Demi Allah,bagi para pembaca yang tahu, akan mendapati perbezaan pendapat mengenai bab bid'ah ini hinggakan menjadi pertikaian yang besar dan menyebabkan perkauman hanya kerana berpendapat bahawa merekalah yang benar bagi pihak masing-masing! Malah ada yang memanggil saudara-saudara seagama mereka sendiri sesat! Sabar... Ingat dahulu firman Allah yang berbunyi:

‎"Katakanlah (wahai Muhammad): Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya."(Surah Al-Isra' 17:84)

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk."[Surah An-Nahl 16:125]

Nak belajar dan periksa kesahihan sebuah hadis pun bukannya senang.. Makan masa dan perlukan para ulama' yang boleh dipercayai.Imam-imam besar yang hidup sezaman, yang dari kecik sampai ke tua belajar hadis pun ada perbezaan pendapat, tapi tidak pun sampai menuduh sesat sesama sendiri..Sebab mereka tahu bahawa ini akan berlaku dan Allah lah yang Maha Mengetahui. Lebih-lebih lagi orang yang keluarkan hadis tapi tidak tahu rujukannya.Lagi pelik.

Kalau dah sampai tahap terlalu ramai yang keluarkan hadis-hadis palsu, kembali sahaja pada Al-Quran!Lebih selamat..

"Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya),Menjadi hidayat petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat."[Surah An-Naml 27:1-3]

"Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. "

[Surah An-Naml 27:77]

"Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik. (Panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya."

[Surah Az-Zumar 39:55]

Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati,maka ikutilah dia dan bertaqwalah agar kamu diberi rahmat.

[Surah Al-An'am 6:155]



Allah juga sudah memberi jaminan bahawa Al-Quran itu akan dijaga dan terpelihara.Tidak usah bimbang.

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. "

(Surah Al-Hijr 15:9)

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri."

[Surah Al-Isra' 18:88]

"Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap Kami untuk mengembalikannya.

(Tetapi kekalnya Al-Quran itu) hanyalah sebagai rahmat dari Tuhanmu; sesungguhnya limpah kurniaNya kepadamu (wahai Muhammad) amatlah besar."

[Surah Al-Isra' 17:86-87]

Nak belajar biar berguru tetapi jangan ikut ajaran guru secara buta. Tetap kena selidik, berfikir dan difahami kerana ia akan dipersoalkan.Kadang-kadang ustad pun tidak tahu hadis yang dia keluarkan itu dari mana. Main petik hadis seperti petik buah.Malah ada yang tidak tahu rujukannya.Jadi kena hati-hati tetapi bila bertanya jangan sampai ustad itu malu. Kesian dia.. Dah dapat pangkat ustad kalau tidak dapat menjawab soal anak murid, boleh jatuh air muka. Bak kata omputih,"Drop my water face,you know." Hahaha.. Jadi, bertanyalah dengan baik hingga dia memberi jawapan yang bernas. Kalau dia tidak dapat menjawap, jangan dia pula dihina.. Semua manusia ada kelemahan. Carilah ilmu sampai dapat. Kunci kepada ilmu adalah bertanya. Mati ilmu tanpa amal. Mati amal tanpa istiqamah.

"Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi

pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya) atau yang menggunakan

pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran

kepadanya." [Surah Qaf 50:37]

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."(AL-ISRAA' 17:36)

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir; dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur."

[Surah Al-Furqan 25:50]

"Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)."

[Surah Al-Anfal 8:22]

"Dan jika mereka berdua(ibu bapa) mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan."

[Surah Luqman 31:14-15]

Ada juga insan yang tidak tahu malu, mengaku dirinya sudah cukup ilmunya.

Ilmu Allah itu sangatlah luas, tidak terkira.. Maka bohonglah orang yang mengatakan yang ilmunya sudah cukup.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan."[Surah Al-Kahfi 18:109]

Balik kepada bab tahlil,wirid lepas solat,baca Al-Quran atas kubur,doa awal dan akhir tahun dan lain-lain, ini semua kamu boleh berbincang sampai mati pun tidak akan habis. Bagi saya,perkara-perkara yang kalau tidak dibuat pun tidak ada dosa dan bila dibuat ada persoalan atau pertikaian, saya tinggalkan hingga ada jawapan dan dalil-dalil yang kukuh. Buat apa yang fardhu dan apa yang Nabi Muhammad[S] dan para sahabat lakukan.

Haram atau tidak sekiranya seseorang tidak mahu ikut tahlil,wirid lepas solat,baca Al-Quran atas kubur,doa awal dan akhir tahun dan lain-lain yang Nabi Muhammad[S] tidak pernah lakukan sepanjang hayatnya? Jika jawapannya tidak, janganlah paksa orang yang tidak mahu ikut itu dan jangan pula lemparkan kata-kata yang tidak baik.Begitu juga sebaliknya bagi yang tidak mahu ikut perkara-perkara yang disebut.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."

[Surah Al Hujuraat 49:11]

Cuba para pembaca berfikir sejenak... Bukankah pecah-belah itu teknik zionis untuk merosakkan umat Islam sejak dulu lagi? "To divide and conquer!"

Di sekolah cikgu kan dah ajar..."Bersatu teguh,bercerai roboh."

(Angkat tangan dan do'a.)Semoga Allah memberi kita semua petunjukNya dan menyatukan umat Islam sedunia.Amin.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayat petunjuk (beramal menurutnya), maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat (tidak berpandu kepadanya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan engkau (wahai Muhammad hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai (keadaan dan bawaan) mereka."

[Surah Az-Zumar 39:41]

Wallahu'alam.

Segala yang baik datang dari Allah,segala yang buruk adalah dari saya.

No comments:

Post a Comment