Language Medium

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah, Tuhan sekalian alam."

"No reward do I ask of you for
what I have to say (from my Lord), my reward is only from Allah, the Lord of the Worlds"
[Surah Asy-Syu'ara' 26:109]

Language Medium: English & Bahasa Melayu

24 February 2010

Kisah Ibrahim Adham

Ibrahim Adham ni seorang Raja yang alim. Sanggup merendahkan martabatnya seolah-olah rakyat biasa dalam mencari keredhaan Allah. Suatu hari dalam perjalanannya, Ibrahim Adham sampai ke suatu anak sungai dalam keadaan yang sangat lapar.Tiba-tiba dilihatnya sebiji buah delima yang sedang hanyut.
Dalam keadaan tersangat lapar,lalu dicapai dan dimakannya buah delima itu. Selepas selesai menikmatinya, barulah beliau terfikir, “buah delima itu tentu ada pemiliknya dan aku telah memakannya tanpa kebenaran pemilik tersebut”.Bimbang kerana telah memakan sesuatu yang haram dan tanpa izin, Ibrahim menyusur sungai itu mencari pemilik pohon delima tersebut.
 
Dipendekkan cerita, berjumpalah Ibrahim dengan pemilik kebun tersebut.Diceritakan perihal apa yang telah berlaku dan beliau memohon maaf kerana kesalahan beliau memakan buah delima tersebut tanpa kebenaran tuan punya kebun itu.Tuan kebun itu berkata beliau boleh memaafkan Ibrahim dengan syarat Ibrahim kena bekerja dengan beliau selama 7 tahun.Takut tuan kebun itu tak akan redha dengan perbuatannya memakan buah delima tersebut tanpa kebenaran dan kerana takut ia menjadi darah-dagingnya yang haram, Ibrahim lalu bersetuju.

Bekerjalah beliau selama 7 tahun dengan tuan kebun itu.Apabila sampai tempoh 7 tahun, Ibrahim pun mintak pelepasan, tetapi tuan kebun itu, berkata, “masih ada satu syarat yang mesti engkau tunaikan sebelum aku maafkan engkau iaitu engkau kena berkahwin dengan anak aku.Adapun anak perempuan aku ini seorang yang buta, pekak, bisu dan tiada tangan dan kaki”.
  Keredhaan Allahlah yang paling penting. Masih bimbang tuan kebun itu tak akan redha dengan perbuatannya memakan buah delima tersebut tanpa kebenaran dan kerana takut ia menjadi darahdagingnya yang haram, maka Ibrahim menerima syarat tersebut. Diringkaskan lagi cerita, pada malam pertama, Ibrahim pun memasuki bilik pengantin.Alangkah terkejutnya apabila mendapati di dalam bilik itu seorang perempuan yang sangat cantik.

Tidak buta, tidak pekak, tidak bisu dan sempurna anggota badannya. Lalu Ibrahim tergesa-gesa keluar dari bilik itu dan berkata kepada tuan kebun itu, “Ayahanda, aku telah tersalah masuk bilik dan tersalah orang, kerana perempuan di dalam bilik itu tidak buta, tidak pekak, tidak bisu dan sempurna kaki dan tangannya”. Jawab tuan kebun itu,”Anakku, engkau memang tidak tersalah bilik.
Itulah anakku dan itulah isterimu. Beliau buta kerana tidak pernah memandang perkara-perkara yang tidak elok, beliau pekak  kerana tidak pernah mendengar perkara-perkara yang tidak baik, beliau bisu kerana tidak pernah berkata yang sia-sia.Adapun kaki beliau tidak pernah dijejakkan ke tempat-tempat maksiat dan tangan beliau tidak pernah mengambil yang bukan hak beliau”.

No comments:

Post a Comment