
Barangsiapa yang menyebarkan surat berantai 'chain letter', walaupun kandungannya berisi ajaran2 Islam/Al-Qur'an yang baik, tetapi mempunyai ancaman; contohnya "Jika kamu tidak menyebarkan surat ini,salah satu anggota keluarga kamu akan mati atau sebagainya" kerana takut akan ancaman dari mesej tersebut,hukumnya menjadi HARAM dan boleh sampai ke tahap SYIRIK kerana kamu percaya surat itu mampu melakukan perkara tersebut. Ada juga chain letter yang mengatakan jika kamu sebarkan mesej itu pada sejumlah orang, kamu akan dimurahkan rezeki. Ini adalah kerja tentera2 dajjal yang ingin merosakkan aqidah umat2 Islam dan lagi menyesatkan. Jika kamu terima mesej2 tersebut dari saudara2 se-Islam kita, nasihatkanlah mereka agar hentikan pekerjaan yang jahil ini dan ini adalah tanggungjawab kamu seperti manafirman Allah SWT:
"Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."(Surah Al-Asr:1-3)
Dan ingatlah pada firman Allah SWT:"Sesungguhnya Allah berkuasa diatas segala sesuatu."(Surah Al-Baqarah:20)
SEBARKAN DEMI AQIDAH!!! TOLONG KAWAN2 KITA SUPAYA TIDAK SESAT!!!
No comments:
Post a Comment