Language Medium

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah, Tuhan sekalian alam."

"No reward do I ask of you for
what I have to say (from my Lord), my reward is only from Allah, the Lord of the Worlds"
[Surah Asy-Syu'ara' 26:109]

Language Medium: English & Bahasa Melayu

12 February 2011

Jawatan Kosong!!! Pendapatan Lumayan!!! Bukan MLM!!! Plan Yang Terhebat Di Muka Bumi!!!Dijamin Allah!!! Daftar Sekarang!!!


Assalamu'alaikum,

Adakah anda di dalam kesusahan?
Hati tidak tenang dan sering gelisah dengan ekonomi sekarang?
Anda inginkan KEJAYAAN yang BESAR?

Jika jawapan anda adalah YA!!! Inilah PELUANG ANDA!! Daftarlah SEKARANG!!!


Bukan MLM!!! Dijamin Pendapatan Harian,Mingguan,Bulanan!!! Tidak Ada Penipuan!!!




Makmum Solat Jemaah 5 Waktu
Pendapatan Lumayan = 27 kali ganda pahala 5 kali sehari!

Elaun Perjalanan = 1 langkah ke masjid/surau = 1 pahala dan terhapus 1 dosa.

Bonus bulanan/mingguan = Khutbah Jumaat,kuliah subuh dan maghrib.

Kelayakan
Baligh bagi lelaki dan perempuan,tidak gila dan uzur syar'ie.

Hadir Temuduga
Di masjid atau di surau berdekatan kediaman anda(TUTUP AURAT!!!).
Disunatkan memakai wangian bagi kaum lelaki sahaja.

Waktu/Masa Temuduga
Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyaa'.

Tarikh tutup
Sebelum mati atau kiamat.


Allah S.W.T berfirman:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [Surah Adz-Dzariat 51:56]



Dapatkanlah ganjaran PERCUMA jika anda menjadi affiliate kami dalam menyebarkan peluang ini.
Insya Allah!
Sistem affiliate kami tidak akan gagal disebabkan Allah S.W.T dan para malaikat yg menjadi saksi.

Selamat Beramal !!!

No comments:

Post a Comment