
Setiap insan ingin mengetahui hakikat kekayaan dan kemiskinan. Buya Hamka[1] berpendapat, setelah bersusah-payah para hukamak(cendekiawan Islam) mencari apakah erti kekayaan yang sebenarnya,akhirnya mereka mendapatkan keputusan,iaitu:"Orang kaya ialah orang yang sedikit keperluannya."
Jadi turun naiknya kekayaan dan kemiskinan ialah kerana hajat dan keperluan.Siapa yang paling sedikit keperluannya, itulah orang yang paling kaya dan orang yang sangat banyak leperluannya,itulah orang yang miskin.Sebab itulah, yang Maha Kaya hanyalah Allah kerana Dia tidak memerlukan dan berhajat kepada sesuatu. Sedangkan raja adalah orang yang paling miskin kerana keperluannya sangat banyak.Di dunia dia diikat dengan berbagai macam peraturan dan keperluan, sedangkan di akhirat akan disoal kepadanya tanggungjawab.
Nampaknya, kekayaan dan kemiskinan itu bergantung pada diri sendiri. Kalau orang ingin kaya, cukuplah apa yang ada, jangan bernafsu melihat kepunyaan orang lain. Hadapkan muka dalam taat kepada Allah,tenteramkan jiwa dalam menghadapi kehidupan. Begitu pula sebaliknya, kalau ingin miskin, ingatlah segala yang dapat diingat, kenanglah segala yang belum ada. Impikanlah rumah yang lebih cantik kerana rumah yang sudah ada walaupun sudah cantik, belum memadai sebab tidak secantik rumah orang lain, padahal rumah yang kita miliki itu sudah menitik air liur orang lain yang melihatnya.
Jika kita ingin kaya dengan harta yang sudah kita miliki, maka kekayaan itu akan dtang dengan segera. Caranya ialah hidup sederhana, menafkahkan harta pada perkara yang berfaedah. Perkara yang menyebabkan belanja menjadi besar adalah kerana suka berbelanja barang-barang yang kurang diperlukan, seperti perhiasan yang berlebih-lebihan dan lain-lain lagi yang berupa pembaziran.Kekayaan yang hakiki ialah cukup dengan apa yang ada, sudi menerima walaupun berlipat ganda, sebab ia adalah nikmat Allah dan tidak pula kecewa jika jumlahnya berkurangan, sebab ia datang dari Allah dan akan kembali pada Allah.
Jika kekayaan datang melimpah ruah, pada waktu itu kita harus ingat bahawa kekayaan tersebut gunanya adalah untuk menyokong amal ibadah,iman dan untuk membina keteguhan hati menyembah Allah. Harta atau rezeki yang kita dapati itu tidak kita cintai kerana ia harta. Harta hanya dicintai sebab ia pemberian Allah untuk digunakan di jalanNya.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment