Syaikh Hatim Al-Asham adalah seorang murid kepada Syaikh Syaqiq Al-Balkhi. Pada suatu hari Syaikh Syaqiq bertanya kepada muridnya itu.
Syaikh Syaqiq:
Sudah berapa tahunkah anda telah berada disampingku wahai Hatim?
Hatim Asham:
30 tahun wahai Syaikh!
Syaikh Syaqiq:
Apakah ilmu2 yang telah anda perolehi daripadaku?
Hatim Asham:
Saya memperolehi hanya 8 perkara sahaja yang berfaedah.
Syaikh Syaqiq:
“Innaa lillahi wa inna ilaihi raaji’uun”-Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali.Hai Hatim! Saya telah menghabiskan umur kerana memberikan pengajaran kepada kamu tetapi kamu tidak mendapat sesuatu yang melebihi selain dari 8 faedah itu saja.
Hatim Asham:
Wahai Syaikhku! Seandainya Syaikh ingin mengetahui dan mengizinkan saya untuk menerangkan 8 perkara yang saya perolehi itu, insya Allah! Saya terangkan pada Syaikh kerana saya yakin bahawa saya tidak akan mendapat keselamatan dan kelepasan di dunia dan akhirat melainkan dengan 8 ini sahaja dan yang lain2 daripada itu tidak diperlukan untuk keselamatan.
Syaikh Syaqiq:
Jelaskan kepadaku apakah faedah 8 perkara itu?
Hatim Asham:
(1)Saya telah memerhatikan keadaan manusia, maka saya dapati setiap orang di dunia ini,memilih kasih.Tetapi kekasih itu hanya orang yang mengasihinya setakat kesakitan matinya saja, manakala yang lain pula setakat liang kubur, sesudah itu mereka pulang dan tidak ikut bersama2 ke dalam kubur.Lantaran itu saya terus perhatikan jikalau saya mempunyai seorang kekasih yang setia dan dapat menghiburkan saya didalam kubur tetapi saya tidak dapati selain dari amal soleh. Oleh sebab itulah saya memilihnya(amal soleh) sebagai kekasih yang akan mengawani dan menghiburkan saya di dalam kubur saya nanti.
Syaikh Syaqiq: Alhamdulillah!
Hatim Asham:
(2)Saya meniliti dan memerhatikan keadaan manusia lalu saya dapati mereka menjadi hamba abdi hawa nafsu dan keinginan semata2. Kemudian saya memerhatikan firman Allah swt: "Dan adapun orang2 yang takut pada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,syurgalah tempat tinggalnya." (An-Nazi'at:40-41)
Oleh itu, saya yakin bahwa Al-Quran itu benar dan terus saya menentang nafsu ammarah iaitu nafsu yang mendorong saya pada kejahatan malah saya saya memeranginya bersungguh2, bahkan tidak sekali2 saya mengikuti kehendak dan cita2nya sehingga nafsu ammarah itu tunduk,patuh dan taat kepada Allah swt.
Syaikh Syaqiq: Semoga Allah swt memberkati kamu wahai Hatim!
Hatim Asham:
(3)Saya meniliti dan memperinci satu persatu tingkah-laku manusia, lalu saya dapati tiap2 orang itu berusaha sedaya-upaya dan berpenat lelah untuk mendapatkan benda2 dunia, lalu mereka gembira dan memelihara apa saja yang mereka dapat kerana mereka menganggap bahawa mereka adalah orang yang telah berjaya mencapai cita2 kemudian saya meniliti firman Allah swt:"Apa yang di sisi kamu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal."(An-Nahl:96)
Maka saya tidak berlengah2 lagi terus menyedekahkan apa yang saya telah dapat dan kumpulkan itu kepada fakir miskin dan saya harapkan ianya menjadi suatu simpanan di sisi Allah swt. Semoga ia kekal untuk bekalan saya di akhirat kelak.
Syaikh Syaqiq: Alhamdulillah!
Hatim Asham:
(4)Sesungguhnya saya memerhatikan alam ini, maka saya dapati sebahagian orang menganggap bahawa kemuliaan manusia itu dengan sebab ramai keluarga dan banyak pergaulan, maka mereka berbangga dengan apa yang disebut itu. Dan sebahagian yang lain pula menganggap bahawa kemuliaan manusia dan kebesarannya ialah berdasarkan banyak harta benda dan anak-pinak, lantas mereka merasa bannga dengan perkara itu. Sebahagian yang lain pula menganggap bahawa kemuliaan manusia dan kebesaran itu dengan cara bersikap kasar, maki hamun, sepak terajang dan penumpahan darah, lantas mereka bangga dengan tindak-tanduk liar itu. Kemudian saya meniliti firman Allah swt: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan anda disisi Allah ialah orang yang bertakwa diantara anda."(Al-Hujurat:13)
Maka mengertilah saya bahawa Al-Quran itu benar sedang kebanyakan manusia itu selalu silap. Oleh itu,saya pun memilih takwa,semoga termasuklah saya ke dalam senarai orang2 yang mulia disisi Allah swt.
Syaikh Syaqiq: Alhamdulillah!
Hatim Asham:
(5)Saya meneliti dan memperinci satu persatu keadaan manusia,maka saya dapati ada manusia yang berkelahi,bergaduh dan berhasad dengki disebabkan terpengaruh dengan harta benda,darjat, pangkat kebesaran,kemasyhuran nama dan menyombong diri yang berlebih-lebihan.Kemudian saya meniliti firman Allah swt:"Kami(Allah) telah menentukan antara mereka, penghidupan mereka dalam kehidupan dunia"(Az-Zukhruf:32)
Lantas saya pun mengetahuilah bahawa pembahagian ini merupakan ketetapan pada azali(sebelum wujud alam ini) lagi, dan tidak ada ikhtiar selain daripada mengusahakan sebabnya sahaja untuk sesiapapun dalam pembahagian itu. Oleh yang demikian, tidaklah lagi saya menanamkan perasaan hasad dengki terhadap sesiapa sesudah itu, malah saya rela dan berpuas hati dengan apa sahaja pembahagian Allah(Al-Bari) dan saya tetap bersifat "qanaa'ah"(serba cukup). Di samping itu saya sanggup berdamai dan bersikap harmuni dengan semua penghuni dunia.
Syaikh Syaqiq: Alhamdulillah!
Hatim Asham:
(6)Saya memerhatikan tingkah laku manusia,maka saya dapati sebahagian diantara mereka memusuhi sebahagian yang lain disebabkan desakan hawa nafsunya sendiri dan bisikan syaitan.Kemudian saya meneliti firman Allah swt: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuhmu, maka jadikanlah dia(syaitan) itu musuhmu."(Fathir:6)Saya sedar bahawa Al-Quran itu benar.Maka orang yang selain daripada syaitan dan pengikut-pengikutnya itu bukanlah musuh lalu saya pun menjadikan syaitan itu musuh saya dan saya tidak akan mengikutinya di dalam segala perkara malah saya hanya mematuhi segala perintah Allah swt sahaja dan saya ternampak2 keagunganNya dan saya juga tidak akan memusuhi sesiapapun diantara makhluk2Nya. Bahkan saya yakin bahawa 'sirathal mustaqim' yakni jalan yang lurus itu terkandung di dalam firmanNya:"Bukankah Aku telah memerintahkan anda wahai anak Adam supaya anda tidak menyembah syaitan,sesungguhnya syaitan itu adalah musuhmu yang nyata.Dan sembahlah Aku,inilah jalan yang lurus."(Yasin:60-61)
Syaikh Syaqiq: Alhamdulillah!
Hatim Asham:
(7)Saya memerhatikan perangai manusia lalu saya dapati setiap orang itu mencurahkan tenaganya berhabis-habisan dan sanggup meletakkan dirinya di tempat yang terhina demi untuk mendapatkan sesuap makan. Dan sebab itulah dia terjerumus ke dalam yang haram dan syubhat(kesamaran antara halal dan haramnya).Kemudian saya meniliti firman Allah swt:"Dan tidaklah suatu haiwan yang melata di bumi melainkan Allah yang memberi rezekinya."(Hud:6) Dan firmanNya lagi:"Dan bahawasanya seorang manusia tidak memperolehi (balasan) selain apa yang telah diusahakan."(An-Najm:39)Ma
Syaikh Syaqiq: Alhamdulillah!
Hatim Asham:
(8)Saya mengkaji tindak-tanduk manusia maka saya dapati sebahagiannya berharap penuh kepada harta benda dan barang2 kepunyaannya.Sebahagian yang lain pula berharap penuh kepada pekerjaan dan usaha kepandaiannya.Dan sebahagian lagi meletakkan harapan penuh kepada makhluk yang lemah sepertinya.Kemudian saya meniliti firman Allah swt:"Dan siapa yang berserah kepada Allah,nescaya Allah mencukupi keperluannya."(At-Thalaq:3
Syaikh Syaqiq:
Alhamdulillah!Semoga anda ditaufiqkan oleh Allah dan RasulNya.Sesungguhnya saya telah pun membaca kitab2 Taurat,Injil,Zabur dan Al-Quran.Maka saya dapati kandungan kitab2 yang 4 buah itu tidaklah terkeluar daripada 8 faedah yang anda sebutkan.Barangsiapa yang telah beramal atau mengambil 8 faedah tersebut,seolah-olah dia telah beramal dengan isi kandungan kitab2 itu.
Demikianlah kisah 8 perkara yang berfaedah untuk tatapan para pembaca yang dihormati.Semoga kita semua dapat mengambil pelajaran dari kisah tersebut dan terselamat daripada segala perkara yang tidak diredhai oleh Allah dan RasulNya serta selamat di dunia dan akhirat.
Dipetik dari Mutiara At-Tasawuf(1)
Al-Harith As-Sufi @ S.Mohaqad
Kerjaya Printing Industries Pte Ltd
Singapura 1440
No comments:
Post a Comment